Khabib Nurmagomedov giat membuat persiapan untuk kembali September ini di sebalik kebimbangannya terhadap pandemik koronavirus akan menafikan kemungkinan tersebut.

Sekatan perjalanan bermaksud Khabib terpaksa menarik diri daripada perlawanan gelaran lightweight dengan Tony Ferguson dalam UFC 249.

Ia merupakan kali kelima perlawanan antara kedua-dua petinju MMA itu dibatalkan sejak UFC telah menangguhkan setiap acara ekoran krisis kesihatan yang melanda dunia ketika ini.

Khabib menerusi Instagram menjelaskan dia kekal berlatih dan menjangkakan akan kembali bersangan September ini, namun menjangkakan halangan yang perlu dihadapi dalam situasi ini.

"September tidaklah begitu jauh, tetapi sukar untuk mempercayai masalah koronavirus ini dapat diselesaikan. Namun terdapat pepatahn, perlulah bersedia untuk berperang ketika sedang aman."

А ведь до сентября не так уж и далеко, хоть самому и тяжело верится, что все закончится к сентябрю, но все же один серьёзный человек сказал: что в мирное время надо к войне готовится ? - А как ваши дни проходят?

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on


Justin Gaethje telah diumumkan sebagai pengganti untuk bertemu Ferguson sebelum presiden (UFC), Dana White, mengesahkan perancangan tersebut dibatalkan.