Bola Sepak: Adam kobarkan semangat juang tinggi rakan-rakan


Ogos 28, 2017 09:05 MYT
Pemain pertahanan skuad bola sepak B-22 negara, Adam Nor Azlin, yang mempamerkan semangat juang tinggi ketika membenam Indonesia, Sabtu lalu, bertekad untuk memperagakan aksi terbaik dalam aksi final bertemu Thailand di Stadium Shah Alam, malam esok.
"Orang tidak akan ingat apabila kita menjadi naib juara, orang akan kenang apabila kami muncul juara.
"Saya berharap semua pemain akan memberikan aksi terbaik. Kami perlu bermain seperti dahagakan kejayaan," katanya.
Pemain tengah Thailand, Sittichok Kanno, pula memberi amaran kepada Malaysia bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi cabaran biarpun sedar akan berdepan lautan penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun, itu semua bukanlah taruhan untuk mereka bersikap mengambil mudah dengan berkata: "Kami tetap menghormati pasukan Malaysia walaupun kami berjaya memenangi tiga perlawanan terakhir sebelum ini dan sudah tahu corak permainan lawan.
"Namun, saya mengharapkan kemenangan mampu jadi milik kami."
Kredit imej: Football Association of Malaysia (Official)
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#bola sepak #Sukan SEA #KL2017 #emas #Nor Adam Azlin