Atlet Malaysia pahat nama dalam buku rekod dunia

Muzaffar Musa
November 19, 2020 03:58 MYT
Atlet negara, Soh Wai Ching, memahat nama dalam buku rekod dunia menerusi rekod 'pendakian tangga berketinggian menegak tertinggi dalam sejam' kategori lelaki di Hotel Four Season Place, Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Rekod Dunia semalam.
Pelari menara nombor dua dunia itu merekodkan larian menara sejauh 1.295 kilometer -- bersamaan 66 tingkat.
Dia mudah mengatasi rekod 1.227 kilometer milik David Robles Tapia yang dilakukan di Zaragoza, Sepanyol pada 2019 tetapi masih menunggu penilaian rasmi yang akan diumumkan dalam masa dua hari.
"Terdapat banyak sebab saya melakukannya (percubaan memecahkan rekod dunia) termasuk mempromosikan Malaysia di mata dunia dan menggalakkan lebih ramai orang menceburi sukan ini di samping mengumpulkan dana buat aktiviti persatuan kami bagi 2021.
"Dengan ini, saya juga berharap lebih ramai akan hadir untuk mencabar halangan ini dan secara tidak langsung mengiktiraf sukan ini untuk diperkenalkan dalam Sukan Olimpik," kata Wai Ching, yang turut merupakan Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia, seperti yang dipetik Bernama.

Malaysia No. 1 tower running athlete Soh Wai Ching @MasTowerRunner, completes his attempt to break the current Guinness World Record for the greatest vertical height stair climbing in one hour, and awaits official results which will be announced within two days. #MalaysiaBoleh pic.twitter.com/oi96aQEqc6

— ISN Malaysia ?? (@isnmalaysia) November 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Kredit foto: ISN Malaysia
#Larian Menara #Soh Wai Ching