Alex Yoong mohon doa, harap dapat pulang ke negara esok

Muzaffar Musa
April 15, 2024 09:40 MYT
Bekas pelumba Formula 1 (F1) negara, Alex Yoong, memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar dia dapat pulang dengan selamat ke tanah air esok.
Pengarah Perlumbaan Kejuaraan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) E-sport 2024 itu kini terkandas di Tehran, Iran selepas lapangan terbang di negara itu ditutup berikutan serangan ke atas Israel baru-baru ini.
"Harap-harap kami dapat pulang esok, doakan kami selamat," katanya ringkas ketika dihubungi Stadium Astro.
#Formula 1 #Alex Yoong