'Denda sehingga RM5,000 atau penjara 12 bulan', itu amaran yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Bekas jaguh berbasikal negara, Josiah Ng berkongsi kepada Muiz Aziz bahawa tindakan seperti itu merupakan langkah ke belakang bagi komuniti berbasikal yang kian berkembang.

"Saya berasakan tindakan itu agak agresif, saya agak terkejut keputusan yang telah diambil. Sukan berbasikal semakin terkenal dan mula menjadi budaya di Malaysia," kata Josiah.

"Saya melihat ramai yang telah mula mengayuh basikal di mana-mana di Malaysia, denda yang telah ditetapkan ini adalah langkah ke belakang.

"Ramai yang masih tidak mengenali peraturan ketika melakukan aktiviti berbasikal berbanding atlet negara lebih fasih mengenali rentak atau apa yang diperlukan ketika melakukan kayuhan jarak jauh.

"Saya berasakan perkara itu harus diperhalusi lagi sebelum menadapatkan keputusan akhir yang lebih adil buat semua."