Juara Terbuka Perancis 2017, Jelena Ostapenko, disahkan menarik diri daripada menyertai Kejohanan Aegon Classic oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (LTA), semalam.

Ostapenko menggegarkan dunia tenis awal bulan ini apabila menewaskan pemain nombor dua dunia, Simona Halep, dalam aksi final wanita Terbuka Perancis di Roland Garros untuk mengesahkan kejuaraan pertama dalam kariernya.

Bagaimanapun, pemain berusia 20 tahun dari Latvia itu terpaksa mengikut jejak langkah Halep, Karolina Pliskova dan Agnieszka Radwanska untuk menarik diri daripada kejohanan di Birmingham itu.

Penyertaannya dalam Aegon Classic sebelum ini tampak samar sebelum pengesahan dibuat oleh LTA melalui e-mel.

Keputusan itu menyaksikan Ostapenka hanya akan beraksi dalam satu kejohanan di gelanggang rumput di Eastbourne sebelum Wimbledon bermula pada 3 Julai.