Venus Williams memiliki perasaan baik selepas kejayaan menewaskan Kurumi Nara 6-3, 6-1 dalam pusingan kedua Terbuka Perancis hari ini tetapi mungkin 'pening' gara-gara mendedahkan maklumat rahsia mengenai kehamilan adiknya, Serena Williams.

Venus ditemubual oleh pemberita selepas kemenangannya dan ketika ditanya apa gelaran yang dia mahu bayi Serena memanggilnya.

"She (dia) akan memanggil saya 'mak cik kesayangan," kata Venus kepada ABC.com.

She?!

Venus menambah, dia dan dua adik-beradik yang lain, Isha dan Lyndrea Price, semua akan cuba mendapatkan Serena untuk memanggil bayi menggunakan nama masing-masing.

"Sudah tentu, setiap hari kami seperti, Baby Vee, Baby Isha, Baby Lyn, jadi kami semua mahu bayi dinamakan sempena nama kami," kata Venus.

Kelihatan kini seperti satu rahsia besar telah bocor

Serena membisu tentang kehamilan dan berjaya menyembunyikannya daripada orang ramai untuk beberapa bulan pertama, tetapi terpaksa membuat pengumuman pada April selepas tidak sengaja mendedahkan perutnya kepada umum dalam Snapchat dengan kapsyen "20 minggu".

Ia adalah anak pertama untuk Serena dan tunangnya, pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian.