Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, kini mengetahui di mana prestasi sebenarnya selepas aksi separuh akhir menentang pemain nombor satu dunia, Kento Momota, yang ketika ini berada dalam aksi terbaiknya.

Dalam saingan Piala Sudirman itu juga, juara Seluruh England 2021 berkenaan berjaya memperkuatkan mental serta meningkatkan fokusnya menjelang Piala Thomas bermula Sabtu ini..

Selaku kapten, Zii Jia bangga dengan prestasi barisan pemain muda lain selepas pamer semangat juang yang tinggi.

"Bertemu Momota yang berada di tahap terbaik dan berjaya mengatasinya memerlukan sesuatu yang penting bagi saya," kata Zii Jia.

"Perkara paling penting adalah tahap tumpuan saya sepanjang perlawanan. Sebagai ketua pasukan, saya sangat berbangga dengan usaha yang telah ditampilkan setiap rakan sepasukan yang lain."

Secara keseluruhan, beregu lelaki negara, Aaron Chia turut berpuas hati dengan persembahannya dan pasangan, Soh Wooi Yik.

Tambahnya, biarpun kali ini dibarisan lebih ramai pemain muda, misi mereka bukan hanya untuk mencari pengalaman di Finland.

"Secara keseluruhan dalam Piala Sudirman, kami berpuas hati dengan persembahan yang telah ditampilkan," kata Aaron.