Kemelut di antara Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah sampai ke penghujungnya, dan ia merupakan beban yang telah diangkat daripada bahunya terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Selasa depan.
Perseorangan utama negara itu terlepas beberapa sesi latihan disebabkan isu ini dan kini ingin mengalihkan tumpuannya untuk mengharumkan nama negara dalam kejohanan-kejohanan utama tahun ini.
Wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, sempat mendapatkan perkongsian pertama dengan pemain yang bakal mencecah usia 24 tahun itu secara ekslusif sejak permulaan isu ini.
"Saya sangat gembira telah mendapat restu BAM untuk menjadi pemain profesional.
"Ini detik yang sangat besar dalam karier saya, bukan senang untuk buat keputusan ini. Saya sangat berterima kasih kerana Tan Sri Norza Zakaria dan BAM kerana telah memberikan restu agar saya dapat terus bermain untuk negara sendiri, Malaysia.
"Secara jujurnya saya sangat kecewa. Tapi pada masa sama ketika menyerahkan surat peletakan jawatan, saya telah buat persediaan apabila BAM menggantung penyertaan antarabangsa saya selama dua tahun.
"Jadi saya sudah bersedia yang saya berkemungkinan tidak akan dapat bertanding dalam sebarang kejohanan selama dua tahun," katanya.
Begitupun, dia bertegas bahawa isu itu perlu dimuktamadkan dalam hitam putih sebelum mereka ke fasa selanjutnya secara sah.
Apa jua pengumuman itu kelak tidak akan sesekali melunturkan semangatnya selain berpaling menyarung jersi negara lain -- mengikut juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, yang merupakan pemain yang lahir di Pulau Pinang sebelum bertukar kerakyatan.
"Macam saya cakap semalam, kami telah capai kata sepakat.
"Ia merupakan penyelesaian menang-menang di antara kedua-dua pihak.
""Saya harap akan ada satu berita baik pada minggu depan dan berharap BAM akan buat mengumumkannya.
"Ketika menghantar surat peletakan jawatan itu dan sudah jangka akan digantung daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa, saya tidak terlintas untuk mewakili negara lain.
"Tidak kira apa yang berlaku sekalipun, saya tetap akan mewakili Malaysia. Tidak kira apa yang berlaku," katanya lagi.
Pada masa sama, dia tidak akan berpeluk tubuh sahaja dan sedar cabaran baru yang bakal dihadapi sebagai seorang pemain profesional sambil mengakui pemain Denmark, Victor Axelsen, ada mempelawanya berlatih bersama di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Mungkin dalam beberapa hari ini saya akan adakan perancangan untuk barisan pasukan saya dan di mana latihan kami berpusat.
"Ya, sebelum itu Axelsen ada juga menghantar mesej yang menjemput saya ke Dubai pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Shaiful Shamsudin
Wed Jan 26 2022


Rumour Has It: Claims Messi to buy into Inter Miami in 2023
Lionel Messi will reportedly buy shares in MLS franchise Inter Miami once his contract with Paris Saint-Germain expires in 2023.

Forest 'appalled' after fan assaults Billy Sharp following Championship play-off semi
Sheffield United captain Billy Sharp was attacked after his side lost to Nottingham Forest at The City Ground.

'I like physicality' - Butler guarantees Heat intensity after Game 1 win
Jimmy Butler scored 41 points and sparked a third-quarter turnaround in the Miami Heat's 118-107 win over the Boston Celtics on Tuesday.

'It's on me': Tatum accepts blame for Celtics' third-quarter collapse in Heat loss
The Boston Celtics led by eight points at half-time before the Miami Heat's remarkable 39-14 turnaround.

Benedetto salvages point for Boca against Corinthians, Flamengo secure top spot
Boca Juniors could only manage a point against 10-man Corinthians, while Flamengo and Estudiantes won in the Copa Libertadores on Tuesday.

Butler scores 41 points as Heat blaze Celtics after lopsided third-quarter blitz
The Miami Heat had a dominant 39-14 third quarter to take a 1-0 lead in the Eastern Conference Finals against the Boston Celtics.

Giro d'Italia: Girmay could be forced to abandon after stage 10 win marred by freak eye injury
Eritrean Biniam Girmay wrote his name into the record books at the Giro d'Italia, but it remains to be seen whether he can race on.

Orlando Magic secure top pick in NBA Draft lottery
The Orlando Magic last had the first pick in the 2004 NBA Draft, when they selected Dwight Howard.

US PGA Championship: Rahm believes Alcaraz has 'big shoes to fill', cannot be unhappy with Mickelson
Jon Rahm is heading into this week's US PGA Championship at Southern Hills, having won the Mexico Open in his last outing.

US PGA Championship: 'It's a little bit different' – Scheffler adjusts to life after Masters win
Scottie Scheffler has claimed four tour wins in his last eight starts, coming into this weekend's US PGA Championship at Southern Hills.