Gandingan profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, teruja kembali berlatih di Akademi Badminton Malaysia sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Asia Berpasukan Campuran yang membuka tirai 14 hingga 19 Februari ini.

Yew Sin-Ee Yi berkongsi bahawa mereka rasa dihargai apabila dipanggil untuk menyertai kejohanan berpasukan seperti ini dan berlatih bersama-sama.

"Kami sangat gembira kerana dapat berlatih di sini, berusaha untuk mendapatkan ilmu baru," kata Ee Yi.

"India pasukan yang kuat, tetapi kami akan cuba untuk melakukan yang terbaik dalam usaha mendapatkan slot ke suku akhir," kata Yew Sin.