Undian Piala Uber: Malaysia bakal dicabar hebat Chinese Taipei, Thailand

Faizal Bazari
Mac 22, 2024 10:06 MYT
Kehangatan Piala Uber semakin dirasai dengan undian rasmi menyaksikan Malaysia diundi bersama Thailand dan Chinese Taipei dan Australia dalam Kumpulan B.
Cabaran terhadap pasukan wanita negara pastinya tertumpu kepada Chinese Taipei dan Thailand yang masing-masing memiliki kekuatan tersendiri.
Kumpulan A pula meletakkan China, India, Kanada dan Singapura dalam kumpulan sama.
Sementara itu, Kumpulan C menyaksikan Jepun, Indonesia, Hong Kong dan Uganda berentap sesama sendiri.
Kumpulan D pula menempatkan Korea Selatan, Denmark, Amerika Syarikat dan Mexico dalam satu kumpulan.
#Malaysia #Piala Uber