Peminat sukan Australia terkejut dalam saingan renang Sukan Olimpik Tokyo semalam apabila perenang mereka, Emma McKeon, didapati menyentuh permukaan dinding lebih awal berbanding seteru dari China, Zhan Yufei, sebelum kedua-dua perenang itu diputuskan seri dalam perlumbaan berkenaan.

McKeon didapati seri dengan perenang nombor satu dunia dari China itu dalam pusingan saringan acara 100 meter kuak kupu-kupu pada ketika skuad renang Australia membuka kempen mereka di Tokyo.

McKeon memulakan misinya untuk menyamai rekod lima pingat dalam satu edisi Sukan Olimpik seperti yang pernah dilakukan ikon negara berkenaan, Shane Gould, Ian Thorpe dan Alicia Coutts.

Dan biarpun ia hanya pusingan saringan, ramai beranggapan bahawa McKeon sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang dalam saingan itu.

Perenang Australia itu kelihatan lebih awal menyentuh dinding kolam berbanding Zhang dan gambar penghujung perlumbaan itu dengan pantas bertebaran di laman sosial.

Sumber: Yahoo Sport Australia