Lamont Marcell Jacobs merangkul pingat emas bersejarah dalam final 100 meter lelaki, Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Jacobs muncul sebagai pelari Itali pertama yang mara ke final menerusi temasya di Jepun itu sebelum muncul juara dengan catatan 9.80 saat, sekali gus mengatasi rekod Eropah yang dilakukannya dalam separuh akhir.

Fred Kerley dari Amerika Syarikat (AS) pula memungut perak sementara Andre de Grasse (Kanada) memenangi gangsa seperti yang dilakukannya lima tahun lalu di Rio de Janeiro.

Ketiga-tiga pemenang pingat itu turut merakamkan kejayaan terbaik kerana menyudahkan pecutan mereka di bawah 10 saat sambil pelumba Nigeria, Enoch Adegoke, dari Nigeria ditimpa kecederaan di pertengahan perlumbaan.

Pertandingan 100m Olimpik pertama era pasca Usain Bolt itu sukar untuk diramalkan dan ia berlanjutan dalam separuh akhir, apatah lagi pemenang Kejohanan Percubaan yang mewakili AS, Trayvon Bromell -- yang merupakan orang terpantas di dunia tahun ini menuju ke Tokyo -- gagal lolos selepas sekadar merakamkan 10.00s.

Masa terpantas yang direkodkan adalah menerusi separuh akhir ketiga yang dimenangi oleh pakar 60m, Su Bingtian, yang memecahkan rekod Asia dengan catatan masa 9.83s untuk diangkat sebegai lelaki pertama dari benua Asia yang mencapai final 100m Sukan Olimpik sejak 1932.

Dia menamatkan saingan di depan Ronnie Baker (9.83s) sementara Jacobs menghasilkan rekod terbaik Eropah dengan 9.84s.

Perlumbaan itu -- yang dibayangi pembatalan penyertaan wakil Great Britain, Zharnel Hughes, akibat kesilapan permulaannya -- menyaksikan tumpuan Bingtian terganggu pada awal pecutan dan semakin tercicir dalam pemburuan medal sebelum sepertiga akhir perlumbaan.

Kerley -- yang terlebih dahulu turun dalam acara 400m -- pada awalnya kelihatan berlari deras di lorong lima tetapi Jacobs mula mengerahkan segala kudratnya di penghujung larian untuk meraikan kejayaannya bersama rakan senegaranya, Gianmarco Tamberi, yang mengungguli acara lompat tinggi sebelum perlumbaan itu.