Tokyo 2020: Pasangan wanita negara bermula langkah kiri dalam acara 470

Muzaffar Musa
Julai 28, 2021 08:02 MYT
Pasangan pelayar wanita negara, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil, memulakan saingan kategori 470 Sukan Olimpik Tokyo di Teluk Enoshima hari ini dengan langkah kiri untuk kini menduduki tangga ke-19 keseluruhan selepas dua perlumbaan.
Juni Karimah dan Noraisyah menamatkan perlumbaan pertama di tangga ke-18 daripada 20 pasukan sebelum mengakhiri saingan kedua di tangga tercorot.
Ia menyaksikan mereka kini perlu berusaha memperbaiki kedudukan dalam baki lapan perlumbaan selepas ini memandangkan hanya 10 pasukan terbaik akan layak ke perlumbaan perebutan pingat.
#Pelayaran #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Juni Karimah Noor Jamali #Nuraisyah Jamil