Tokyo 2020: McLaughlin raih emas 400m berpagar, pecah rekod dunia

Ammar Hakim
Ogos 4, 2021 02:57 MYT
Atlet Amerika Syarikat, Sydney McLaughlin, memenangi acara 400 meter berpagar wanita Sukan Olimpik Tokyo dengan catatan rekod dunia 51.46 saat sebentar tadi.
Rakan senegara, Dalilah Muhammad, yang juga juara bertahan Sukan Olimpik, memenangi pingat perak (51.58s), diikuti atlet Belanda, Femke Bol (52.03s) untuk memperoleh gangsa.
Kemenangan tersebut memberikan pemegang rekod dunia itu pingat Olimpik pertama selepas dia gagal ke final Rio 2016 ketika berusia 16 tahun. McLaughlin memecahkan rekod dunia yang dilakar dalam sesi kelayakan Olimpik AS Jun lalu.

#USA's Sydney McLaughlin smashes her own World Record as she wins gold in the women's 400m hurdles with a time of 51.46!@WorldAthletics #Athletics @TeamUSA pic.twitter.com/5AKOFL0nFy

— Olympics (@Olympics) August 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Belanda #Amerika Syarikat #Sukan Olimpik Tokyo #Dalilah Muhammad #Femke Bol #Sydney McLaughlin