Perenang negara, Phee Jinq En, mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas gagal ke separuh akhir acara 200 meter kuak dada wanita sebentar tadi.

Atlet berusia 23 tahun itu menamatkan saringan pertama acara berkenan di tangga kelapan dengan catatan 2 minit 32.57 saat, sekali gus menduduki tangga tercorot daripada 31 perenang yang bersaing di Pusat Akuatik Tokyo.

Hujung minggu lalu, Jinq En memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter kuak dada wanita selepas merekodkan 1:08.40s.

Bagaimanapun, catatan itu juga masih tidak berupaya menempatkannya ke peringkat separuh akhir, di mana hanya 16 perenang terbaik dalam pusingan saringan layak ke peringkat berkenaan.