Marcell Jacobs mengisytiharkan 2021 sebagai 'tahun Itali' berikutan pingat emas kedua yang diraih dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 4x100m lelaki semalam.

Jacobs melakar kejutan meraih pingat emas dengan catatan 9.80 saat dalam final 100m sebelum bergabung dengan Lorenzo Patta, Eseosa Desalu dan Filippo Tortu untuk memenangi pingat pertama Itali dalam acara bergant-ganti sejak London 1948.

Ia menyaksikan pingat emas dalam acara trek yang kelima di Tokyo, menyamai bilangan dengan Amerika Syarikat. Mereka tidak pernah meraih lebih daripada tiga dalam temasya tersebut.



Jacobs menjadi atlet kedua Itali memenangi dua pingat emas sejak Ugo Frigerio yang meraih tiga pingat emas antara 1920 hingga 1924 dalam acara berjalan kaki.

Persembahan yang luar biasa mereka dalam Tokyo 2020 meneruskan tahun luar biasa bagi Itali, di mana negara itu juga memenangi Eurovision sebelum mengakhiri penantian 53 tahun untuk kemenangan Kejuaraan Eropah pada Euro 2020, menewaskan England dalam final di Wembley.

"Ini adalah tahun Itali, tahun kami. Kami menang Eurovision, Euro 2020, dan lima pingat emas [dalam sukan olahraga]."