Tokyo 2020: Chen Long hormati kredibiliti Lee Zii Jia

Shaiful Shamsudin
Julai 30, 2021 13:01 MYT
Pemain badminton China, Chen Long, tetap berpandangan Malaysia memiliki seorang jaguh perseorangan lelaki menerusi Lee Zii Jia.
Pertemuan mereka semalam menjawab persoalan ini dan kemaraan Chen Long ke suku akhir tatkala pemain nombor satu dunia, Kento Momota, terkandas awal dalam kelompok undian yang terdiri daripada pemain yang membuat penampilan sulung Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Sebelum perlawanan saya lihat Zii Jia beraksi dengan baik.
"Sebenarnya saya sangat teruja untuk bertemu dengannya kerana tahu ia akan jadi perlawanan yang baik.
"Untuk memikirkan mempertahankan pingat emas buat masa ini masih terlalu awal bagi saya," kata juara bertahan itu.
Sementara itu, kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann, menegaskan satu pembohongan jika tiada sekelumit rasa kecewa.
Pada masa sama, Malaysia mengiktiraf kehebatan Chen Long selaku veteran yang mampu mengubah rentak permainan dalam sekelip mata.
"Chen Long mempamerkan permainan yang lebih kukuh, dapat menyerap serangan bertubi-tubi Zii Jia.
"Chen Long banyak mengelirukan permainan Zii Jia. Dia telah sudah cuba bersungguh-sungguh tapi permainannya masih tidak menjadi," kata Choong Hann.
Tetapi kedukaan itu boleh dijadikan pemain dari Kedah tersebut mempunyai perwatakan untuk bangkit.
"Kami memang kecewa sebab membuat persediaan yang lama dan mengharapkan boleh menang.
"Ini satu proses untuk menjadikannya lebih kuat dan saya percaya dia akan kembali dengan lebih kuat."

"Kekecewaan memang ada, tetapi ini adalah sebuah proses untuk Lee Zii Jia menjadi lebih kuat" Perkongsian Wong Choong Han bersama @ShahrazadSani tentang kekalahan Zii Jia di tangan Chen Long semalam#SokongMalaysia#GanbatteMalaysia pic.twitter.com/gLDdA5yCw2

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Sukan Olimpik #Tokyo 2020