BRAZIL 0 MEXICO 0
(Brazil ke final selepas menang penentuan penalti 4-1)

Juara bertahan, Brazil, melangkah ke final acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan Mexico dalam penentuan sepakan penalti sebentar tadi.

Aksi di Stadium Kashima itu berakhir 0-0 selepas 120 minit dan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti.

Penjaga gol Brazil, Santos, memberikan langkah kanan buat juara edisi 2016 di gelanggang sendiri itu apabila menyelamatkan sepakan Eduardo Aguirre selepas ketua pasukan, Daniel Alves, menyempurnakan sepakan pertama.

Mexico terus dirundung malang selepas Gabriel Martinelli menyumbat masuk sepakan kedua Brazil, kali ini menerusi tendangan Johan Vasquez yang terkena tiang.

Bruno Guimaraes meletakkan Brazil di kedudukan 3-0 dalam penentuan itu sebelum Carlos Alberto Rodriguez menghidupkan sisa perjuangan Mexico.

Bagaimanapun, penjaga gol El Tri, Guillermo Ochoa, gagal menyelamatkan sepakan Reinier, sekali gus menghantar Selecao ke final Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.