Tokyo 2020: Aaron-Wooi Yik sedia 'langgar' hingga final

Ammar Hakim
Julai 29, 2021 02:51 MYT
Pemain beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menyatakan sudah bersedia untuk bertemu mana-mana lawan apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Dilihat sebagai satu kejutan terbesar yang dilakar Malaysia ketika atas kertas, ternyata lawan dari Indonesia, Marcus Gideon Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo, merupakan regu pilihan temasya kali ini.
Corak permainan pantas ternyata berjaya melemaskan wakil Indonesia apabila Malaysia melakar kemenangan 21-14, 21-17.

RESULTS: #Tokyo2020 QF#MAS Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. #INA Gideon Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-14 21-17 * Aaron-Wooi Yik bulldoze their way into the last 4️⃣ of the Olympics! Ayuh, bros ?#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/7uhYdPE7Xc

— BAM (@BA_Malaysia) July 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Seperti saya katakan sebelum ini, kami datang ke Sukan Olimpik buat kali pertama sebaliknya bagi wakil Indonesia, mereka adalah pilihan untuk meraih pingat emas di Tokyo," kata Aaron.
"Kami berjaya mengekalkan permainan kami sepanjang perlawanan ini dan mengelak daripada mengikut rentak lawan.
"Kami sudah bersedia untuk bertemu mana-mana lawan dalam separuh akhir. Kami telah melakar kejutan, ia telah meningkatkan semangat serta meyakinkan permainan yang kami terap berhasil."
Bagi Wooi Yik, "Saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada kami bagi perlawanan ini."
#Indonesia #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Kevin Sanjaya Sukamuljo #Marcus Gideon Fernaldi