Pengarah kejurulatihan beregu, Rexy Mainaky, pula bertegas tidak akan memisahkan gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tatkala prestasi mereka terus menjadi pertikaian.

Sejak digandingkan pada 2018, Aaron-Wooi Yik masih belum menangi sebarang gelaran dalam saingan Jelajah BWF.

Kekalahan di separuh akhir Terbuka Thailand minggu lalu membuka spekulasi mengenai hala tuju kebersamaan Aaron-Wooi Yik dalam kem kebangsaan.

Namun Rexy sedia memberikan peluang kerana menyedari potensi yang terdapat dalam diri gandingan pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.

Perpisahan bukanlah asing dalam kem beregu lelaki, dengan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong juga turut pernah melalui proses sama, pasca Sukan Olimpik Rio 2016 apabila V Shem digandingkan bersama Teo Ee Yi dan mankala Wee Kiong bersama Ong Yew Sin pada 2017.

"Satu gelaran amat diperlukan bagi membina semangat serta keyakinan untuk terus meningkat naik. Kami mengetahui masa sudah tiba untuk mencapai kemuncak prestasi," kata Aaron.