Tiada pelumba Malaysia dalam MotoGP 2022

Shaiful Shamsudin
November 18, 2021 14:04 MYT
Buat pertama kalinya sejak 2009, tiada wakil Malaysia di pentas Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.
Perkara itu disahkan selepas penganjur MotoGP, Dorna Sport, mengeluarkan senarai lengkap pelumba musim 2022 termasuk kategori Moto2 dan Moto3.
Ini juga bermakna pelumba SIC Racing, Syarifuddin Azman, yang dicanang ke saingan Moto3 biarpun sebelum ini wujud perbincangan dengan Petronas SRT.
Bagaimanapun, pasukan itu dirombak susulan pertukaran penajaan.
#motoGP #moto3 #Sukan Permotoran #Moto2