Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mahu menguji momentum kemenangannya apabila menjadikan Terbuka Wales sebagai sasaran berikutannya.

Dia masih segar dengan kejuaraan Terbuka Scotland selepas menundukkan rakan senegara, Soong Joo Ven, secara straight set malam tadi.

Dia perlu lebih bersedia dalam saingan di Cardiff pula memandangkan akan berdepan pilihan keenam, Subhankar Dey, Khamis ini.

"Saya rasa perlawanan tadi (malam tadi) agak susah sebab kami (bertemu Joo Ven) saling mengenali, berlatih bersama-sama.

"Kemenangan ini bergantung kepada tahap prestasi hari ini.

"Saya harap dapat memenangi Terbuka Wales pula untuk (penamat manis) tahun ini," katanya sambil beberapa rakan sepasukan perlu melalui peringkat kelayakan yang bermula Rabu ini.

Dalam perlawanan akhir Terbuka Scotland malam tadi, beregu wanita, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, terpaksa berpuas hati bergelar naib juara selepas tunduk dengan keampuhan wakil Kanada selaku pilihan nombor satu, Rachel Honderich-Kisten Tsai, yang menang 21-14, 21-12.