Emma Raducanu meraih kemenangan Jelajah WTA pertama selepas menewaskan Polona Hercog di Terbuka Transylvania di Romania.

Raducanu, yang melakar kejutan apabila muncul juara Terbuka AS pada September, membuat penampilan dalam saingan kejohanan jelajah yang keempat dan bertemu Cluj yang turun sebagai pilihan ketiga.

Pemain berusia 18 tahun itu tewas dalam pusingan pertama dalam kejohanan di Nottingham, San Diego dan Indian Wells.

Bagaimanapun, pemain ke-23 dunia, Raducanu, akhirnya merekodkan kemenangan pertama apabila mengatasi Hercog 4-6, 7-5, 6-1.