Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, sedia menghadapi apa jua kemungkinan menjelang misi mengutip mata bagi kelayakan ke Kejohanan Final Jelajah BWF.

Selepas lama tidak beraksi, pemain negara bakal kembali memerah keringat di gelanggang kompetitif bermula dua kejohanan Terbuka Thailand yang berstatus super 1000, 12 Januari depan.

Antaranya lawan yang sudah mengesahkan penyertaan ialah pemain nombor satu dunia. Kento Momota.

World No.1 Kento Momota will make his long-awaited return in the coming weeks.

Posted by BWF — Badminton World Federation on Wednesday, December 9, 2020


"Saya agak terkejut kerana Chen Long tidak menyertai kejohanan ini selain daripada ramalan awal saya yang lain.

"Semua pemain berkobar-kobar untuk bermain dalam kejohanan ini, jadi semua pencabar adalah sukar.

"Perseorangan dari India adalah pemain handalan, saya tidak ambil mudah. Mereka berpengalaman dan sudah lama kekal dalam kalangan 30 terbaik.

"Kalau saya tersingkir awal. Saya sudah dijangka akan kutuk, oleh itu ia salah satu tekanan yang perlu saya tangani," katanya.