Taruhan utama negara dalam acara perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan wakil India, HS Prannoy, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelapan kejohanan, perseorangan nombor satu negara itu, bagaimanapun, bergelut untuk mendapatkan rentak awal sehingga dihukum dengan kekalahan 13-21 dalam set pertama.

Namun, aksi lebih kemas dipamerkan pemain berusia 22 tahun itu apabila kawalan gelanggangnya dalam set kedua memastikan kemenangan 21-14 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Zii Jia mula mengorak langkah untuk mengumpulkan mata demi mata dalam set terakhir dan selepas 55 minit bertarung, dia mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-8.

Menantinya dalam pusingan kedua esok adalah seorang lagi wakil India, Kidambi Srikanth.

RESULTS: YONEX Thailand Open R1 #MAS ?? Lee Zii Jia (8) def.#IND ?? Prannoy H.S 13-21 21-14 21-8 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 13 January 2021