Finalis Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang pertama, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, disingkirkan rakan sepasukan dari Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Impact Arena, sebentar tadi.

Kejayaan di peringkat suku akhir itu memastikan Aaron-Wooi Yik melunaskan dendam ke atas beregu lelaki profesional yang merupakan bekas senior mereka tersebut apabila mengecewakan mereka dalam seawal pusingan musim pertama, minggu lalu.

Pilihan kelapan kejohanan itu bijak mengawal gelanggang, seterusnya hanya memerlukan tempoh 35 minit untuk mengatasi V Shem-Wee Kiong 21-16, 21-13.

Sementara itu, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean melengkapkan tiga wakil negara di pentas separuh akhir esok -- termasuk beregu campuran kebangsaan, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See -- selepas menyaingi lawan mereka yang merupakan satu lagi gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, 22-20, 21-12.




Begitupun, Satwiksairaj Rankireddy terus menghantui kem negara dan kali ini wakil India itu berpasangan dengan Chirag Shetty untuk menyingkirkan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 21-18, 24-22 bagi meneruskan kemaraan dalam beregu lelaki.

Turut kecewa, Liew Daren yang tunduk 16-21, 15-21 kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen, sementara Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kecundang 13-21, 16-21 di tangan Lee So Hee-Shin Seung Chan.