Pilihan kelima kejohanan itu menerima tentangan hebat dalam set pembukaan tetapi selepas mata terikat 15-15, Yew Sin dan Ee Yi kembali mempamerkan penguasaan mereka utuk meraih kemenangan 21-18.
Gandingan negara itu mempamerkan aksi tidak konsisten pada pertengahan set kedua, namun mereka kemudian meraih lima mata berturut-turut sebanyak dua kali untuk mengesahkan kelayakan dengan kemenangan 21-13 dalam pertarungan selama 32 minit itu.
RESULTS: YONEX Swiss Open Round 2 #MAS ?? Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (5) def.#DEN ?? Joel Eipe-Rasmus Kjær 21-18 21-13 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers
Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 4 March 2021
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang merupakan pilihan utama kejohanan, mara percuma ke suku akhir selepas penarikan diri lawan dari Denmark, Jeppe Bay-Lasse Molhede.