Terbuka Switzerland: Tiga beregu campuran negara teruskan kemaraan

Muzaffar Musa
Mac 4, 2021 15:55 MYT
Tiga beregu campuran negara meneruskan kemaraan ke suku akhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Pilihan utama kejohanan, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, menepati ramalan apabila mudah menewaskan lawan dari Perancis, Ronan Labar-Anne Tran, dengan keputusan straight-set 21-12, 21-16.
Turut mara adalah pilihan keempat, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang berdepan saingan lawan dari Denmark, Rasmus Espersen-Christine Busch, sebelum menang 21-10, 21-15.
Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang merupakan pilihan kelima kejohanan, turut tidak berdepan sebarang masalah dalam menundukkan wakil Jerman, Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer, 21-14.
#Chan Peng Soon #Goh Liu Ying #Badminton Terbuka Switzerland