Goh Soon Huat-Shevon Lai menampilkan aksi terbaik dalam aksi separuh akhir Terbuka Singapura berdepan wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sebelum tewas di pusingan separuh akhir 17-21, 21-16, 20-22.

Soon Huat-Shevon mempamerkan permulaan terbaik selepas mendahului 11-10 di set pembukaan, namun segalanya serba tidak menjadi dan aksi tersusun wakil Thailand itu membenarkan mereka memenangi set pertama.

Wakil negara itu bangkit dalam set kedua, cemerlang memastikan kemenangan 21-16 sekaligus mengikat kedudukan.

Kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang sengit sehingga Soon Huat-Shevon memperoleh kelebihan 15-11.

Pengalaman serta hadir sebagai pilihan utama, Puavaranukroh-Taerattanachai, berjaya mengawal gemuruh sebelum memastikan kemenangan 22-20.