Terbuka Perancis: Tsitsipas rasa disayangi di Roland Garros

Muzaffar Musa
Jun 3, 2021 03:28 MYT
Stefanos Tsitsipas gembira dengan sambutan yang diterimanya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis pada ketika dia meneruskan misinya untuk melangkaui pencapaian ke separuh akhir tahun lalu.
Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini pernah meluahkan kegembiraannya di Roland Garros dan dia memperoleh kemenangan ke-35 dalam kejohanan jelajah selepas menewaskan Pedro Martinez awal pagi tadi.
Pemain pilihan kelima itu menang 6-3, 6-4, 6-3 dalam perlawanan pusingan kedua berkenaan dan masih belum tewas sebarang set dalam kejohanan grand slam tahunan kedua itu.
Tsitsipas seterusnya akan berdepan John Isner bagi penentuan ke pusingan keempat.
"Saya amat gemar bermain di Paris," kata Tsitsipas, yang memenangi gelaran di Monte Carlo dan Lyon sebelum ke Roland Garros.
"Saya berasa seperti penyokong di sini menyayangi saya dan menjadikan saya sebahagian daripada mereka. Jadi, saya gembira apabila dapat mempamerkan permainan tenis saya, prestasi saya dan saya dapat memberikan bukan sahaja permainan terbaik tetapi juga mencipta suasana yang baik di gelanggang ini," katanya.

Even dad had to laugh at that one ?#RolandGarros | @steftsitsipas pic.twitter.com/Go46NIKeAH

— Roland-Garros (@rolandgarros) June 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Grand Slam #Stefanos Tsitsipas #Tenis Terbuka Perancis