Lee Zii Jia tersingkir daripada pusingan pertama Terbuka Perancis selepas tewas 22-24, 14-21 kepada Loh Kean Yew.

Dia tewas kepada pemain kelahiran Singapura-Pulau Pinang ketika menampilkan persembahan yang kurang cemerlang.

Prestasi Zii Jia ternyata berbeza sejak tamat Sukan Olimpik Tokyo, walaupun telah mengatasi Kento Momota sekali dalam Piala Sudirman, dan memberikan waktu sukar buat pemain nombor satu dunia itu sebelum tewas dalam Piala Thomas.

Dia kemudian mengalami kekalahan berturut-turut ketika bertemu Anthony Ginting dan Viktor Axelsen.