Terbuka Perancis: Pavlyuchenkova mara ke final grand slam pertama

Muzaffar Musa
Jun 11, 2021 00:41 MYT
Anastasia Pavlyuchenkova memanfaatkan penampilan pertamanya dalam separuh akhir kejohanan grand slam untuk mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Tamara Zidansek 7-5, 6-3 dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis malam tadi.
Pemain Russia itu terlebih dahulu memadam badinya tewas kesemua enam perlawanan suku akhir kejohanan grand slam untuk kini mencongak perhitungan dengan Barbora Krejcikova dalam penentuan gelaran.
Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tidak berdepan laluan mudah bertemu Zidensek -- seorang lagi pemain melakukan penampilan pertama dalam separuh akhir grand slam -- di Gelanggang Philippe Chatrier, di mana dia hampir tewas dalam set pertama.
Tetapi Pavlyuchenkova, yang lebih tua enam tahun daripada lawannya, mempertaruhkan segala yang dimilikinya untuk menamatkan cabaran itu dengan kemenangan straight set, sekali gus meneruskan pemburuan kejuaraan utama pertamanya di Paris.
Sebagai rekod, Pavlyuchenkova merupakan pemain wanita Russia pertama layak ke final di Roland Garros sejak kali terakhir dilakukan Maria Sharapova pada 2014.

?? Russia’s Return ?? Pavlyuchenkova becomes the first Russian woman to reach the #RolandGarros final since Sharapova in 2014. pic.twitter.com/3dytCYWzIZ

— Roland-Garros (@rolandgarros) June 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anastasia Pavlyuchenkova #Tenis #Grand Slam #Tamara Zidansek #Tenis Terbuka Perancis