Terbuka AS: Misi Djokovic sapu bersih gelaran grand slam bermula baik

Muzaffar Musa
September 1, 2021 06:01 MYT
Misi Novak Djokovic untuk menjadi pemain lelaki ketiga menyapu bersih kesemua gelaran grand slam dalam satu musim dan pemain pertama memenangi 21 gelaran utama bermula baik dengan menewaskan Holger Rune 6-1, 6-7, 6-2, 6-1 dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Tiada pemain lelaki lain pernah memenangi kesemua empat gelaran utama dalam satu tahun yang sama sejak Rod Laver melakukannya pada 1969 -- Djokovic turun ke New York selaku juara Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Kejohanan Wimbledon.
Turut membawa misi menjadi pemain lelaki pertama memenangi 21 gelaran grand slam -- kini terikat dengan Rafael Nadal dan Roger Federer dalam senarai terbanyak -- Djokovic melepasi halangan pertamanya untuk layak ke pusingan kedua di Flushing Meadows.
Rune, pemain Denmark daripada pusingan kelayakan, melakukan penampilan pertamanya di pentas grand slam tetapi pemain berusia 18 tahun itu tidak dapat menyerlah di bawah limpahan cahaya lampu Stadium Arthur Ashe.
Turun buat kali pertama selepas impiannya untuk meraih Golden Slam tidak kesampaian dalam Sukan Olimpik Tokyo bulan lalu, Djokovic kelihatan selesa untuk menamatkan penentuan selama dua jam 15 minit itu dengan kemenangan.
Juara tiga kali terbuka AS itu juga tidak pernah tewas dalam pusingan pembukaan kejohanan itu dengan rekod 16-0.

Nothing but respect between the youngster and the legend. pic.twitter.com/9titTpSvWU

— US Open Tennis (@usopen) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #ATP #Tenis #Tenis Terbuka Amerika Syarikat