Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing melakar kejutan apabila berjaya mengalahkan gandingan ranking ke-16 dunia, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya 21-11, 15-21, 21-19 dalam saingan Terbuka Malaysia, hari ini

Saingan Terbuka Malaysia kali ini Mei Xing beraksi dalam dua kategori iaitu beregu campuran dan beregu wanita bersama gandingan baru iaitu Pang Ron dan Go Pei Kee.

Mei Xing menjelaskan bahawa kemenangan ini adalah disebabkan kata-kata jurulatih, Rexy Mainaky yang melonjakkan semangatnya.

"Saya tidak memikirkan terlalu banyak mengenai perlawanan ini. Nasihat jurulatih yang menyatakan jika saya seorang pemain yang bagus, saya boleh menang dengan mana-mana pemain apabila digandingkan, itu telah menjadi sumber semangat saya," kata Mei Xing.