Terbuka Malaysia: Lee Zii Jia mudah ke pusingan kedua, Ng Tze Yong terkandas

Muzaffar Musa
Jun 29, 2022 10:15 MYT
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila mudah menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, di Arena Axiata sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima kejohanan, hanya 47 minit diperlukan Zii Jia untuk mencatatkan kemenangan 21-15, 21-11.
Menantinya dalam pusingan kedua esok adalah pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

RESULTS: #PETRONASMalaysiaOpen2022 R32#MAS?? Lee Zii Jia(5) def. #IRL?? Nhat Nguyen 21-15 21-11#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gpqwPUVzQm

— BAM (@BA_Malaysia) June 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, perseorangan meningkat naik negara, Ng Tze Yong, terkandas dalam pusingan awal selepas tewas kepada wakil China, Lu Guang Zu.
Dibezakan 21 anak tangga dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) -- Tze Yong di tangga ke-48 -- pemain negara itu memberikan tentangan sengit sehingga kedudukan terikat 16-16 tetapi selepas itu, dia memberikan lawan lima mata berturut-turut untuk melepaskan set pertama dengan kekalahan 16-21.
Tze Yong mempamerkan pertahanan lebih baik dalam set kedua untuk mempertahankan kelebihannya sebelum menang 23-21.
Bagaimanapun, dia sekali kehilangan fokus pada penghujung set penentuan, di mana selepas mengikat kedudukan 18 -18, Tze Yong membiarkan lawan memperoleh tiga mata terakhir untuk akur tewas 18-21 selepas bertarung selama sejam 27 minit.

RESULTS: #PETRONASMalaysiaOpen2022 R32#CHN?? Lu Guan Zu def. #MAS?? Ng Tze Yong 21-16 21-23 21-18#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/IYrdhSze7T

— BAM (@BA_Malaysia) June 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Lee Zii Jia #Ng Tze Yong #Bandminton Terbuka Malaysia