Terbuka Malaysia BWF: Kai Wun-Wei Chong dapatkan tip atasi The Minions

Shaiful Shamsudin
Januari 3, 2023 10:56 MYT
Tee Kai Wun-Man Wei Chong mahu meminta tunjuk ajar daripada pemain senior, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam misi menandingi kehebatan Marcus Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Mereka perlu menghadapi ranjau pusingan 32 Terbuka Malaysia BWF apabila bakal berdepan jaguh dari Indonesia berkenaan.
Ia berikutan hanya Aaron-Wooi Yik yang merupakan wakil negara yang pernah mengalahkan gandingan itu pada 2021.
"Kami akan meminta tip daripada mereka tapi corak permainan di antara kami dan Aaron-Wooi Yik tidak sama.
"Kami kena cuba tukar-tukar taktikal di atas gelanggang.
"Kalau untuk dapatkan mata, kami perlu lebih menyerang.
"Tapi kami juga perlu berwaspada di depan jaring dan permainan psikologi mereka," kata Kai Mun.
#badminton #Terbuka Malaysia BWF