Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lain Pei Jing, makin berkeyakinan untuk mengharungi jelajah Eropah yang bermula menerusi Terbuka Jerman, Selasa depan.

Mereka berpeluang untuk membalas dendam kecundang dalam pertembungan tiga set Terbuka India, Januari lalu, kepada beregu Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja,

Ia mampu menjadi pemangkin kepada kempen mereka selepas memulakan saingan musim ini dengan prestasi kurang memberangsangkan.

"Sebelum ini kami bermain dengan berhati-hati, kurang berkeyakinan.




"Selepas ini saya harap kami dapat nilaikan apa bezanya (prestasi sendiri dalam) Final Jelajah Dunia, Terbuka Malaysia dan Kejohanan Asia Berpasukan Campuran (BATC).

"Dan kami mula mempamerkan peningkatkan dalam BATC," kata pemain di ranking kedudukan keenam dunia itu.