Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, terkandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas tewas kepada pilihan ketiga dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, di Bali sebentar tadi.

Pang Ron dan Yee See, yang menduduki tangga ke-23 dunia, memberikan tentangan sengit dalam set pertama bertemu pasangan nombor empat dunia berkenaan.

Pada satu ketika, wakil negara itu mengikat kedudukan 18-18 tetapi akur mengizinkan lawan meraih tiga mata terakhir untuk tewas 18-21.

Jurang kualiti jelas kelihatan dalam set kedua, di mana pasangan negera itu melepaskan lima mata pertama dan tidak pernah dapat menyamakan kedudukan untuk akur menamatkan perlawanan selama 37 minit itu dengan kekalahan 12-21.


*Kredit Foto: Badminton Photo

Keputusan lain:
Perseorangan lelaki:
Liew Daren kk Jonatan Christie 14-21, 15-21

Beregu wanita:
Vivian Hoo-Lim Chiew Sien mn Melani Mamahit-Tryola Nadia 15-21, 21-8, 21-10
Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen mn Alexandra Boje-Mette Poulsen 21-12, 19-21, 26-24.