Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas tewas kepada pasangan pilihan utama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, di Bali sebentar tadi.

Selepas mudah menewaskan wakil tuan rumah, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso, dalam pusingan kedua semalam, cabaran yang dilalui pasangan negara itu jelas berbeza kali ini.

Sejak dari awal permainan, Kian Meng dan Pei Jing tidak pernah berada di depan sebelum akur tewas mudah 10-21 dalam set pertama.

Tentangan lebih sengit cuba ditampilan gandingan negara itu dalam set kedua dan pada satu ketika mendahului di kedudukan 8-5 tetapi sebaik merapatkan jurang kepada 11-12, mereka membenarkan lawan meraih sembilan mata berturut-turut untuk akur menamatkan saingan selama 33 minit itu dengan kekalahan 21-11.


*Kredit foto: Badminton Photo

Keputusan lain beregu campuran:
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kk Kim Soyeong-Eom Hye Won 21-15, 16-21, 18-21