Terbuka Indian Wells: Svitolina, Azarenka tempah slot ke pusingan 16

Ammar Hakim
Oktober 12, 2021 03:36 MYT
Elina Svitolina memerlukan tiga set untuk mara ke pusingan berikutanya saingan Terbuka Indian Wells, manakala bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka, menyingkirkan Petra Kvitova dalam aksi straight set.
Svitolina -- pilihan keempat -- kehilangan satu set kepada pilihan ke-32, Sorana Cirstea, sebelum bangkit untuk mara ke pusingan 16 saingan WTA Perdana 1000 semalam.
Svitolina memerlukan dua jam dan 32 minit untuk mengatasi Cirstea 4-6, 6-4, 7-6 (7-3) dan kekal tanpa sebarang kekalahan bertemu wakil Romania itu.
Pemain kelahiran Ukraine itu lebih bertahan dalam set pertama sebelum Cirstea memastikan kemenangan.
Svitolina bangkit dalam dua set berikutnya sekaligus melangkah ke peringkat seterusnya.
"Ia adalah perlawanan ayng sukar dan saya bergelut mendapatkan permainan terbaik saya," kata Svitolina
"Saya berharap dapat bermain dengan lebih baik, saya berpeluang untuk meraih set tersebut tetapi ia seperti apa yang saya rancang. Saya telah berusaha dengan baik dan Sorana telah bermain dengan baik dalam perlawanan. Saya gembira kerana mara ke pusingan berikutnya."

A BATTLE to the very end ?@ElinaSvitolina overcomes a tough test from Cirstea, winning 4-6, 6-4, 7-6 (3) to move into the Round of 16!#BNPPO21 pic.twitter.com/O1mpWt5E5h

— wta (@WTA) October 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, juara grand slam dua kali, Azarenka, menyertai Svitolina ke pusingan berikutnya selepas menyingkirkan pilihan ketujuh, Kvitova 7-5, 6-4.

✨V I K A ✨ Two-time champion @vika7 secures a first victory against Kvitova since 2015, earning a sweet 16 date with compatriot Sasnovich.#BNPPO21 pic.twitter.com/ii0b3T5Fhw

— BNP Paribas Open (@BNPPARIBASOPEN) October 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Petra Kvitova #Elina Svitolina #Victoria Azarenka