Terbuka Denmark: Yew Sin-Ee Yi kandas dalam separuh akhir

Muzaffar Musa
Oktober 22, 2022 15:31 MYT
Hasrat untuk menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, layak ke final Kejohanan Badminton Terbuka Denmark tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada beregu pilihan kelima dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, di Jyske Bank Arena sebentar tadi.
Yew Sin dan Ee Yi mengekang lawan sehingga terikat 12-12 dalam set pertama tetapi selepas itu, mereka melepaskan mata demi mata sebelum akur dengan kekalahan 16-21.
Gandingan negara itu kemudian cuba merencanakan kebangkitan, di mana mereka jauh mendahului 13-8 dalam set kedua dan mengekalkan rentak itu untuk mendahului 17-12.
Bagaimanapun, mereka sekali lagi seakan-akan kehilangan fokus pada penghujung permainan sebelum tewas 22-20 selepas bertarung selama 45 minit.
#badminton #Ong Yew Sin #Teo Ee Yi #Badminton Terbuka Denmark