Malaysia mempunyai dua wakil dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Belgium apabila pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, dan beregu lelaki, Man Wei Chong -Tee Kai Wun, menang dengan straight set, sebentar tadi.

Tze Yong terlebih dahulu mengorak langkah dengan mengalahkan pemain Perancis, Lucas Claerbout, 21-14, 21-12.

Man Wei-Kai Wun kemudian membalas dendam kekalahan rakan senegara, Chang Yee Jun-Yap Roy King, kepada wakil Jepun, Mahiro Kaneko-Yunosuke Kubota, dengan kemenangan 21-18, 21-16 -- secara tidak langsung berpeluang mengulangi kejayaan menjulang gelaran Master Sepanyol, Mei lalu.

Begitupun, hasrat untuk melihat Anna Cheong-Teoh Mei Xing mencipta kejutan ke atas pilihan kedua beregu wanita dari Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance, tidak kesampaian namun pujian harus diberikan kepada mereka yang pantang menyerah sebelum tersingkir 21-15, 21-23, 19-21.

Keputusan lain: