Diletakkan sebagai umpan dalam percaturan mencari kemenangan ke atas India menerusi sasaran realistik 3-2, siapa sangka pemain muda itu menjadi pencetus kemenangan pingat emas lebih awal Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham.

Tatkala skuad negara dilabel sebagai bukan pilihan, langkah Tze Yong mematikan pencarian mata kedua India menerusi Srikanth Kidambi dalam aksi berpasukan campuran semalam.

Biarpun harapan tidak diletakkan padanya, namun semangat untuk memberi yang terbaik akhirnya membawa hasil.

Tze Yong nampaknya tidak mahu hanya menjadi pelengkap percaturan semata-mata sebaliknya usaha pemain itu untuk muncul sebagai watak penting dalam percaturan rentap ego India yang yakin mampu mempertahankan emas empat tahun lalu.

"Sebab saya sudah beberapa bulan tewas kepada lawan yang sama. Saya tidak memikirkan terlalu banyak dan hanya mahu memberikan yang terbaik sahaja," kata Tze Yong.

Baginya, kemenangan pertama hanya sebagai pembuka langkah, untuk dia beraksi dengan lebih baik bagi kategori individu.

"Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Kami akan meraikan kemenangan ini, esok bermula semula hari yang baru," katanya lagi.