Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir

Ammar Hakim
Ogos 7, 2022 15:00 MYT
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengikut jejak rakan senegara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Wakil negara, Ng Tze Yong dan gandingan Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final selepas menundukkan lawan masing-masing.
Aaron-Wooi Yik menampilkan permulaan yang baik bamun kesilapan yang dilakukan mudah dimanfaatkan wakil tuan rumah, Ben Lane-Vendy Sean menang set pertama, 21-18.
Tersentak, mereka bangkit dalam set kedua dan berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan apabila menang 21-17.
Bagaimanapun, rentak permainan Aaron-Wooi Yik ternyata sudah dibaca lawan apabila tewas 21-4 sekaligus gagal mara ke final.
Mereka bakal bertemu satu lagi gandingan negara, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng dalam penentuan pingat gangsa.