Status terkini Tze Yong masih belum diketahui

Najmi Iman
April 16, 2024 08:26 MYT
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, menimbulkan persoalan sama ada dia akan menyertai kejohanan Piala Thomas di Chengdu, China hujung bulan ini ataupun tidak ekoran kecederaan yang sedang membelenggu dirinya ketika ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, pemain yang berusia 23 tahun itu akan menjalani rawatan daripada pegawai kesihatan untuk mengetahui keadaan terkini tahap kecergasannya.

Current condition Ng Tze Yong masih belum dapat dipastikan. Difahamkan beliau akan mendapatkan rawatan selanjutnya dari doktor dalam masa terdekat- Rexy@ASTROARENA pic.twitter.com/CagBca6Rra

— Faizal Bazari (@faizalbazario) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berkata Tze Yong akan digugurkan dari skuad Piala Thomas sekiranya tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan.
#badminton #Piala Thomas #Ng Tze Yong