Beregu campuran profesional negara, Shevon Lai, sudah mula berlatih di Indonesia sehingga Mac depan.

Pemain yang menghuni ranking ke-13 dunia itu akan berada di bawah kendalian pemenang pingat emas Sukan Olimpik Sydney 2000, Candra Wijaya dalam usaha meningkatkan prestasi bersama pasangannya, Goh Soon Huat.

Dalam satu temubual bersama Syakirah Zulkifly, Shevon berkongsi mengenai pengalaman barunya di negara jiran selain berharap Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencapai kata sepakat demi kejayaan Malaysia di pentas dunia musim ini.

Di samping itu, pemain profesional negara, Liew Daren, kecewa dengan keputusan BAM untuk menggantung Zii Jia.

Pemain yang menghuni ranking ke-36 dunia itu menjelaskan bahawa sudah pasti ada jalan penyelesaian yang lebih baik buat Zii Jia yang masih merupakan harapan negara buat kategori perseorangan lelaki.