Juara Terbuka Jerman, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, yang tidak mampu meneruskan momentum kemenangan mereka apabila tewas kepada wakil China, He Ji Ting-Tan Qiang 15-21, 21-19, 11-21 dalam aksi pusingan pertama Seluruh England.

Sze Fei-Izzuddin mencipta kejayaan terbesar karier mereka apabila menumbangkan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14 untuk merangkul gelaran beregu lelaki Terbuka Jerman tempohari.

Bagaimanapun, mereka gagal meneruskan rentak cemerlang itu malah mengakui terdapat terlalu banyak kesilapan mudah yang telah dilakukan ketika perlawanan tersebut.

"Saya tidak dapat memberikan permainan yang terbaik dalam perlawanan ini. Permainan bertahan juga tidak dapat dijelmakan sebaik mungkin," kata Sze Fei.

"Persembahan kami tidak seperti sebelum ini, permulaan permainan agak perlahan sebelum kami bangkit di set kedua, namun keyakinan lawan cukup baik dalam memastikan kemenangan," kata Izzuddin.