Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England selepas mengatasi pemain nombor satu dunia, Kento Momota, sebentar tadi.

Zii Jia yang sebelum ini tewas dalam keenam-enam pertemuan dengan wakil Jepun itu, akhirnya menamatkan kemarau menerusi kemenangan straight set.

Zii Jia yang melewati keputusan kurang cemerlang dalam kejohanan terdahulu, memasuki perlawanan ini dengan cemerlang apabila membuka langkah set pertama, deretan pukulan deras membenarkan dia memenangi set pertama 21-16.

Aksi agresif Zii Jia terus dipamerkan dalam set kedua, berjaya mendahului saingan 11-6 sebelum Momota yang mula mendapatkan rentak hingga perlawanan terikat 19-19 sebelum gerakan Zii Jia memperoleh dua mata terakhir sekaligus melangkah ke separuh akhir.