Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bakal menghiasi pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England untuk mengiringi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, dalam separuh apabila menepati ramalan sebagai pilihan ketiga, awal pagi tadi.

Begitupun, beregu campuran profesional negara itu dipaksa bermandi keringat dalam kejohanan bertaraf super 1000 berkenaan sebelum menyingkirkan Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Peng Soon-Liu Ying dipaksa berjuang lebih sejam sebelum mengetepikan wakil Perancis itu 17-21, 21-18, 22-20, seterusnya membuka peluang untuk mereka melangkah ke final sekiranya menyingkirkan Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun selepas ini.

Dalam satu lagi aksi beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, gagal menyekat kemaraan satu lagi pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, apabila tunduk 17-21, 9-21.

Sungguhpun lawan turun dengan krebiliti lebih unggul, Kian Meng-Pei Jing sukar mengambil kesempatan ke atas kelelahan Watanabe yang sebelum itu beraksi dalam beregu lelaki.


RESULTS: YONEX #AllEngland2021 QF #JPN ?? Nami Matsuyama-Chiharu Shida (5) def. #MAS ?? Pearly Tan-Thinaah M 21-12 20-22 21-16 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, March 19, 2021


Sementara itu, Nami Matsuyama-Chiharu Shida menoktahkan cabaran beregu wanita yang sedang mencipta sensasi negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Namun, wakil daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu sama sekali tidak memberi jalan mudah buat pilihan kelima dari Jepun berkenaan sebelum tunduk 12-21, 22-20, 16-21 selepas sejam berentap.